Berita Terkini
← Back to list
Arsenal Mara Ke Separuh Akhir Liga Juara-Juara
Apr 17, 2025
Ini adalah kemenangan bermakna dalam karier bola sepak saya.
Itu kata-kata Mikel Arteta selepas Arsenal tewaskan Real Madrid 2-1 sekali gus mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 5-1.
Pengendali The Gunners sifatkan kejayaan itu menjadi inspirasi kerana mereka berjaya menentang pasukan yang mempunyai sejarah terbesar dalam kejohanan itu.
Ini sekali gus menyaksikan Real Madrid gagal pertahankan trofi Liga Juara-Juara.
Dalam satu lagi aksi, Inter Milan terikat 2 sama dengan Bayern Munich, namun mara ke separuh akhir dengan agregat 4-3.
.....
Beralih ke EPL, Newcastle naik ke tangga ketiga selepas belasah Crystal Palace 5-0.
.....
Sementara itu, Trent Alexander-Arnold akan kembali diturunkan apabila Liverpool berdepan Leicester, Ahad ini.
Ini selepas pertahanan The Reds itu pulih daripada kecederaan buku lali.
.....
JDT tamatkan saingan Liga Super musim ini tanpa sebarang kekalahan buat musim ketiga berturut-turut selepas tewaskan Kuching City 2-0 malam tadi.
.....
Dan BAM sahkan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akan kembali digandingkan semula selepas dipisahkan sebelum ini.
Ia ekoran saranan yang diberikan Menteri Belia dan Sukan bagi mengelakkan pasangan tersebut dikeluarkan daripada senarai atlet Program Road To Gold.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm