Berita Terkini
← Back to list
Senarai Perlawanan EPL Musim Depan Sudah Keluar
Jun 18, 2025
Senarai perlawanan untuk Liga Perdana Inggeris musim depan telah dikeluarkan.
Musim baru akan bermula pada 15 Ogos, dengan juara Liverpool menerima kunjungan Bournemouth.
Naib juara Arsenal pula akan hadapi perlawanan-perlawanan yang sukar pada minggu-minggu awal kerana akan menentang Man United bagi aksi pembukaan.
The Gunners kemudian akan menentang beberapa lagi lawan mencabar antaranya Liverpool, Manchester City dan Newcastle.
Dalam perkembangan berkaitan, pegendali Arsenel, Mikel Arteta berharap dapat tamatkan badi tempat ke-2 selepas 3 musim berturut-turut muncul naib juara.
The Gunners tamatkan musim 2024-2025 dengan 10 mata di belakang juara Liverpool dengan diselubungi isu kecederaan sejumlah tonggak sepanjang kempen.
---
Olahraga Malaysia saran Manshahar Abdul Jalil dilantik sebagai ketua jurulatih kebangsaan bagi Sukan SEA 2025 di Thailand.
Menurutnya, lantikan bagi tempoh 6 bulan bekas Ketua Jurulatih Skuad Olahraga Kebangsaan itu telah diutarakan dalam satu perbincangan antara badan induk berkenaan dengan MSN.
Pihaknya menjelaskan, ia antara usaha strategik memperkukuh prestasi dan kesiapsiagaan skuad olahraga negara menjelang temasya dwitahunan itu.
Terdahulu, Olahraga Malaysia letak sasaran raih 5 emas di Thailand, Disember nanti.
Sementara itu pelari pecut Khairul Hafiz Jantan beri bayangan bakal berundur daripada acara 100 meter individu apabila sahkan hasrat hanya mahu bantu skuad 4×100 meter negara di Sukan SEA di Thailand.
---
Kedah FA mengumumkan Victor Andrag sebagai Ketua Jurulatih bagi musim 2025-2026 untuk Pertandingan Liga A1 Semi-Pro.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm