Berita Terkini
← Back to list
Piala Malaysia: JDT berpesta gol
Jan 19, 2026
JDT berpesta gol pada aksi pertama Pusingan 16 Terbaik Piala Malaysia.
Ini selepas juara bertahan itu belasah PDRM FC 10-1 untuk bawa bekalan selesa pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim nanti.
Pemain kelahiran Sepanyol, Teto Martin cipta sensasi apabila menjaringkan enam gol untuk skuad Harimau Selatan.
Aksi lain berkesudahan kelab Liga A1 Semi Pro, Perak FA cipta kejutan apabila tewaskan KL City 2-0, manakala Penang FC kalahkan Kuching City 1-0.
Dalam pada itu, Terengganu akan memulakan aksi pertamanya dalam saingan Piala Malaysia apabila berdepan UM Damansara United petang ini.
Ikuti secara langsung aksi Piala Malaysia berkenaan bermula 5 petang ini, di ASTRO saluran 803 dan aplikasi Sooka.
---
Aston Villa terlepas peluang untuk naik ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila tewas 0-1 kepada Everton.
Dalam satu lagi aksi, Newcastle terikat tanpa jaringan dengan Wolves.
---
Pendahulu La Liga, Barcelona tewas mengejut 1-2 kepada Real Sociedad pada aksi awal pagi tadi.
---
Senegal julang trofi Piala Negara-Negara Afrika selepas raih kemenangan dramatik 1-0 ke atas Maghribi pada aksi final.
Ini merupakan kali kedua Senegal menjuarai kejohanan itu selepas memenanginya pada 2021.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm