Berita Terkini
← Back to list
Malaysia rangkul 2 gelaran juara Terbuka Thailand!
May 19, 2025
Malaysia menutup kempen kejohanan badminton Terbuka Thailand dengan bergaya!
Skuad badminton negara menjuarai acara beregu lelaki dan beregu wanita.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewaskan gandingan Denmark dalam pertarungan tiga set sekali gus meraih gelaran kedua mereka musim ini selepas turut menjuarai Kejohanan Badminton Asia di China bulan lalu.
Sementara itu, Pearly Tan-M Thinaah tundukkan beregu dari Korea Selatan dengan straight set.
Pilihan pertama kejohanan itu turut melakar sejarah apabila menjadi beregu wanita pertama negara muncul juara kejohanan itu sejak diperkenalkan pada 1984.
__
Malaysia gagal menamatkan kemarau 34 tahun menjuarai acara regu berpasukan.
Ini selepas skuad sepak takraw negara tewas straight set kepada Thailand pada aksi final Piala Asia, semalam.
Untuk rekod, Malaysia menamatkan kempen Piala Asia dengan membawa pulang dua gelaran juara dalam acara kuadran dan regu.
Manakala acara double dan regu berpasukan berakhir sebagai naib juara.
__
Arsenal sahkan slot ke saingan Liga Juara-Juara selepas menang 1-0 ke atas Newcastle pada aksi EPL, awal pagi tadi.
Declan Rice muncul wira apabila jaringkan gol kemenangan buat The Gunners.
__
Dan, Jamie Vardy ucap selamat tinggal kepada penyokong Leicester City selepas buat penampilan terakhirnya bersama kelab itu.
Vardy turut jaringkan satu gol untuk bantu Leicester tundukkan Ipswich 2-0.
Sepanjang 13 tahun bersama kelab itu, Vardy telah buat 500 penampilan dan jaringkan 200 gol.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm