Berita Terkini
← Back to list
Speedy Tigers Gagal Ke Separuh Akhir Piala Negara-Negara
Jun 19, 2025
Hasrat Malaysia untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara tidak kesampaian.
Skuad hoki lelaki negara tewaskan Jepun 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan B bagaimanapun gagal mara selepas tamatkan saingan di tempat ketiga.
Pakistan yang tewas 3-4 kepada New Zealand duduki tempat kedua menerusi kelebihan jaringan.
Untuk rekod, hanya dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir.
Anak buah Sarjit Singh itu seterusnya akan beraksi pada perlawanan klasifikasi tempat ke-5 hingga ke-8.
.....
Aksi hari kedua STL Premier GP Terengganu berkesudahan.
Tuan rumah, Terengganu Turtles tewaskan Melaka Titans 2-1,
Kelantan Warriors kalahkan ATM Guardians juga 2-1,
Selangor Pistons tundukkan Perak Bison dengan straight set,
Dan, PDRM Defenders menang straight set ke atas Bomba Fighters,
Selangor Pistons dan PDRM Defenders sahkan tempat ke separuh akhir.
Ikuti secara langsung STL Premier GP Terengganu bermula 11.30 pagi ini di ASTRO, saluran 801 dan aplikasi Sooka.
.....
Sementara itu, lima pemain skuasy wanita negara termasuk Rachel Arnold dan Aira Azman mara ke suku akhir Kejohanan Individu Asia 2025.
.....
Akhir sekali, Manchester City mulakan kempen Piala Dunia Kelab dengan kemenangan selepas tewaskan Wydad Casablanca 2-0.
Phil Foden dan Jeremy Doku masing-masing jaringkan 1 gol untuk pastikan The Citizens raih 3 mata penuh.
Dalam satu lagi aksi, Real Madrid seri 1 sama ke atas Al-Hilal.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm