Berita Terkini
← Back to list
SUKMA 2024: Nur Afrina Batrisyia muncul ratu pecut
Aug 19, 2024
Nur Afrina Batrisyia muncul ratu pecut SUKMA apabila memenangi pingat emas dalam acara 100 meter wanita dengan catatan masa 11.64 saat.
Atlet Selangor itu sekaligus memecahkan rekod yang dibuat pada edisi 2008.
Sementara itu, atlet Terengganu rangkul perak manakala gangsa diraih wakil Sarawak.
__
Dalam acara 100 meter lelaki akhir, atlet Johor, Danish Iftikhar raih pingat emas dengan catatan 10.53 saat.
Manakala Atlet Selangor rangkul perak dan gangsa dimenangi wakil Pahang.
__
Sementara itu, KBS memuji usaha kerajaan Sarawak menaik taraf kemudahan sukan sedia ada bagi menganjurkan SUKMA 2024.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata usaha berkenaan mampu mengangkat martabat temasya itu dalam usaha melahirkan lebih ramai pelapis untuk menggalas cabaran ke peringkat antarabangsa.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm