Berita Terkini
← Back to list
2 Wakil Negara Tersenarai Untuk Anugerah Pemain Paling Meningkat BWF.
Nov 12, 2021
2 wakil badminton negara tersenarai untuk anugerah Pemain Paling Meningkat BWF.
Lee Zii Jia dan beregu lelaki utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan berentap dengan 2 calon lain untuk anugerah tersebut.
Sementara itu, pemenang pingat emas Paralimpik Tokyo, Cheah Liek Hou akan berentap dengan 5 lagi calon untuk anugerah Pemain Lelaki Badminton Para Terbaik.
Kesemua pemenang akan diumumkan pada Jelajah Dunia Akhir BWF di Indonesia yang akan berlangsung dari 1 hingga 5 Disember depan.
Sementara itu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yakin masih mampu melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir bulan depan.
Beregu lelaki utama negara itu kini berada di kedudukan ke-14 dalam ranking kejohanan akhir itu dan perlu berada dalam kelompok 8 terbaik.
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik perlu sekurang-kurangnya mara ke suku akhir dalam 2 lagi kejohanan selepas ini untuk berpeluang melayakkan diri.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm