Berita Terkini
← Back to list
2 inisiatif baru diperkenal untuk atlet!
Oct 26, 2018
KBS perkenal 2 inisiatif baru untuk atlet!
Foto - Astro Awani
Kementerian Belia dan Sukan akan perkenalkan 2 inisiatif baru untuk menjamin masa depan para atlet negara.
Timbalan Menterinya berkata pihaknya akan meluaskan perlindungan kesihatan selain menempatkan atlet bekerja dengan syarikat awam atau swasta.
Tambahnya buat permulaan, kementerian akan bekerjasama dengan 10 syarikat dan berharap dapat menghantar kumpulan pertama tahun depan.
---
Misi balas dendam Malaysia!
Foto - Stadium Astro
Malaysia akan bertemu Pakistan pada separuh akhir kejohanan hoki Trofi Juara-Juara Asia di Oman, esok.
Pengendali Malaysia Tigers, Roelant Oltmans akui anak buahnya kini dalam misi balas dendam selepas ditundukkan 0-1 kepada lawan sama pada aksi terakhir liga, awal pagi tadi.
Dia juga yakin anak buahnya akan menjaringkan gol selepas gagal berbuat demikian untuk 2 perlawanan terakhir mereka pada kejohanan itu.
---
Cabaran Malaysia berakhir di Terbuka Perancis
Foto - Astro Awani
Beregu muda lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal capai sasaran mereka untuk layak ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Perancis.
Mereka tumpas straight set kepada wakil China pada pusingan kedua.
Sementara itu, beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai turut tersingkir.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm