Berita Terkini
← Back to list
Masters Indonesia: Aaron Chia-Wooi Yik tersingkir seawal pusingan pertama
Jan 20, 2026
Cabaran Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada badminton Masters Indonesia terhenti seawal pusingan pertama.
Beregu lelaki pilihan utama kejohanan itu tewas kepada gandingan Denmark dalam pertarungan tiga set.
Turut tersingkir, beregu wanita, Ong Xin Yee-Carmen Ting yang kalah kepada gandingan Jepun.
__
Malaysia kekal di kedudukan ke-121 dunia dalam ranking FIFA!
Berdasarkan kemas kini terbaharu, ia menyaksikan Malaysia masih berada satu anak tangga di atas seteru serantau, Indonesia yang turut kekal berada di kedudukan ke-122.
Pada kemas kini ranking FIFA bulan lalu, skuad kendalian Peter Cklamovski jatuh lima anak tangga sekali gus menghuni kedudukan ke-121 dunia.
Ia susulan keputusan badan induk bola sepak dunia itu membatalkan keputusan tiga perlawanan persahabatan Malaysia selepas didapati menurunkan pemain yang tidak layak.
__
Dan, Kobbie Mainoo dilapor akan kekal bersama Manchester United dan tidak lagi mempertimbangkan untuk meninggalkan Old Trafford pada jendela perpindahan Januari.
Pemain tengah berusia 20 tahun itu kembali dapat kepercayaan apabila diturunkan sebagai tonggak utama pada aksi Manchester Derby yang menyaksikan United tewaskan City 2-0, Sabtu lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm