Berita Terkini
← Back to list
Sri Pahang mahu kejutkan JDT pada aksi final Malaysia!
Apr 21, 2025
Sri Pahang mahu melakar kejutan apabila berdepan JDT pada aksi final Piala Malaysia, Sabtu ini.
CEO Kelab Bolasepak Sri Pahang optimis tiada yang mustahil untuk melakukan keajaiban bersandarkan komitmen tinggi pemain.
Skuad Tok Gajah kini berada pada prestasi terbaik apabila mencatat empat kemenangan berturut-turut termasuk menewaskan Penang 3-2 pada aksi terakhir Liga Super.
DPI, bekas pemain Pahang, Faizol Hussain menyeru semua penyokong Tok Gajah untuk hadir membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.
Ujarnya, ia sebagai tanda sokongan atas usaha keras skuad bimbingan Fandi Ahmad pada musim ini untuk akhirnya ke pentas final Piala Malaysia selepas penantian 11 tahun.
__
Hannah Yeoh maklumkan sukan yang dipertandingkan di pentas Olimpik akan menjadi asas utama pemilihan acara bagi penganjuran Sukan SEA 2027 di Malaysia.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata persefahaman juga telah dicapai antara tiga negara iaitu Malaysia, Thailand dan Singapura mengenai perkara itu.
__
Dan, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia sedia membantu menyediakan kemudahan diperlukan Datuk Azizulhasni Awang walaupun beliau kini bergerak secara profesional.
Presiden PKBM berkata ia termasuk kemudahan basikal dan peralatan serta dari segi penyertaan The Pocket Rocketman itu pada kejohanan antarabangsa.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm