Berita Terkini
← Back to list
Aaron-Wooi Yik kembali menjadi beregu lelaki nombor 1 Malaysia!
Jul 22, 2025
Aaron Chia-Soh Woo Yik kini beregu lelaki nombor satu Malaysia!
Berdasarkan kemas kini ranking terbaru BWF hari ini, Aaron-Wooi Yik kekal di tangga kedua dunia manakala Goh Sze Fei-Nur Izzuddin turun ke tangga ketiga.
Status beregu lelaki nombor satu dunia kini menjadi milik gandingan Korea Selatan yang tewaskan Sze Fei-Nur Izzuddin pada aksi final Terbuka Jepun, baru-baru ini.
__
Sementara itu, pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao melangkah ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka China selepas tundukkan wakil Jepun dengan straight set.
Turut mara, beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang tewaskan pasangan Amerika Syarikat.
__
Nafuzi Zain akui masih banyak ruang yang perlu diperbaiki skuad kendaliannya dengan aspek persiapan dan perancangan perlu diberi perhatian serius.
Pengendali skuad B-23 negara itu berkata ia kerana pemain-pemain muda itu masih belum berpengalaman luas di peringkat antarabangsa.
Terdahulu, Malaysia seri tanpa jaringan dengan tuan rumah, Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan A Piala ASEAN B-23.
Keputusan itu menyaksikan skuad negara tamatkan saingan kumpulan di tempat ketiga sekaligus tersingkir daripada saingan berkenaan.
__
Dan, Bryan Mbeumo luah keterujaan menyarung jersi Manchester United yang merupakan kelab impiannya sejak kecil.
Mbuemo berpindah dari Brentford dengan kontrak hingga 2030, dan berazam mencipta masa depan cemerlang bersama pasukan bimbingan Ruben Amorim.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm