Berita Terkini
← Back to list
Pearly Tan & M Thinaah mara ke pusingan 16 terbaik
Aug 22, 2024
Pearly Tan-M. Thinaah akan berdepan wakil Denmark pada pusingan 16 terbaik badminton Terbuka Jepun hari ini.
Ini selepas beregu wanita negara itu kalahkan wakil Chinese Taipei dalam pertarungan 3 set semalam.
7 lagi wakil negara akan beraksi hari ini termasuk beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
.....
Majlis Paralimpik Negara umumkan ganjaran bernilai 60 ribu ringgit kepada pemenang pingat emas Paralimpik Paris 2024.
Presidennya, Datuk Seri Megat D Shariman berkata pemenang pingat perak akan terima 30 ribu ringgit manakala 15 ribu ringgit akan diberikan kepada atlet yang raih gangsa.
Ini merupakan ganjaran tambahan kepada Skim Hadiah Kemenangan Sukan yang bernilai 1 juta ringgit kepada atlet yang raih emas.
.....
Hafizuddin Roslin pecahkan rekod kebangsaan acara angkat berat kategori 81 kilogram pada SUKMA Sarawak.
Atlet angkat berat Perlis itu lakukan angkatan 332 kilogram, mengatasi rekod sebelum ini dengan 17 kilogram.
Dalam pada itu, tuan rumah, Sarawak kekal ungguli senarai kutipan pingat dengan 54 emas setakat ini.
Wilayah Persekutuan di tangga ke-2 dengan 45 emas manakala Terengganu ke-3 dengan 28 emas.
.....
Rapid Rail akan melanjutkan waktu operasi Stesen LRT Bukit Jalil pada malam 24 Ogos ini sehingga jam 1.00 pagi pada Ahad, 25 Ogos.
Lanjutan itu dibuat sempena final Piala FA antara JDT dengan Selangor untuk memudahkan pergerakan penyokong.
.....
Dan Penjaga gol Jerman Manuel Neuer mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan pada usia 38 tahun.
.....
Stadium Astro Segalanya Aksi Sukan. Layari stadiumastro.com untuk perkembangan berita sukan terkini!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm