Berita Terkini
← Back to list
4 wakil negara mara ke suku akhir Terbuka Jepun
Aug 22, 2024
4 wakil negara mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Jepun.
Mereka ialah beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzudin, beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah dan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Dalam satu lagi aksi hari ini, beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi bakal berdepan rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun.
Turut mengintai peluang ke suku akhir, beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang dijadual bertemu gandingan Thailand.
__
Beralih ke SUKMA 2024,
Skuad bolasepak lelaki Melaka kalahkan Terengganu 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti, untuk mara ke final.
Perlawanan itu terikat satu sama, selepas tamat masa tambahan.
__
Muhd Fakhrul Afizul cipta sensasi apabila menjadi atlet olahraga pertama pecahkan rekodkan kebangsaan
Pelari Kelantan itu muncul pemenang pingat emas menerusi acara 400 meter berpagar lelaki dengan catatan masa 51.11 saat.
Atlet Johor rangkul perak manakala wakil Wilayah Persekutuan raih gangsa.
__
Dan akaun Youtube milik Cristiano Ronaldo kini mencecah lebih 17 juta dalam masa kurang 24 jam.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm