Berita Terkini
← Back to list
Safawi Rasid Muncul Wira Skuad Penyu
Jan 23, 2025
Terengganu manfaat kelebihan beraksi di laman sendiri.
Ini selepas skuad Penyu itu tewaskan kelab Indonesia, PSM Makassar 1-0 pada aksi kumpulan Kejuaraan Kelab ASEAN.
Safawi Rasid muncul wira pasukannya selepas sepakan penaltinya pastikan Terengganu raih tiga mata.
Terengganu kini duduki tangga kedua Kumpulan A - berkongsi 7 mata dengan PSM Makassar di tempat ketiga.
.....
Ketua jurulatih baharu skuad bola sepak kebangsaan, Peter Cklamovski dilaporkan sudah tiba di Malaysia.
Terdahulu, FAM umumkan Cklamovski akan menggalas tugas sebagai pengendali baharu skuad senior Harimau Malaya.
.....
11 wakil negara termasuk beregu lelaki nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin akan meneruskan aksi pada pusingan kedua Masters Indonesia hari ini,
Saksikan secara langsung Masters Indonesia di ASTRO, saluran 815 bermula 10.00 pagi ini.
.....
Dan aksi bola sepak Liga Juara-Juara berkesudahan,
PSG bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk tundukkan Manchester City 4-2,
Arsenal tewaskan Dinamo Zagreb 3-0,
Feyenoord tundukkan Bayern Munich juga 3-0,
Real Madrid belasah RB Salzburg 5-1
Dan AC Milan tewaskan Girona 1-0.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm