Berita Terkini
← Back to list
Jun Hao & Pearly Tan Teraju Malaysia Pada Piala Sudirman
Apr 23, 2025
Leong Jun Hao dan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah akan ketuai cabaran negara pada Piala Sudirman, Ahad ini.
Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky yakin Jun Hao, Pearly dan M. Thinaah mampu galas tanggungjawab bersama selaku ketua pasukan.
Skuad badminton negara diundi dalam kumpulan C bersama Perancis, Australia dan Jepun dan akan berlepas ke China, esok.
.....
Datuk Che Nasir Salleh yakin Sri Pahang mampu cipta kejutan menjelang aksi final Piala Malaysia menentang JDT Sabtu ini.
Bekas pengurus Pahang itu beritahu BH, skuad Tok Gajah berpeluang ulangi kejayaan pada 2014 susulan mereka berada pada prestasi terbaik ketika ini.
Tambahnya, pemain perlu menjaringkan gol awal dan bermain dengan semangat tinggi untuk raih kejuaraan musim ini.
.....
Matheus Nunes jaringkan gol kemenangan pada waktu kecederaan untuk bantu Manchester City tewaskan Aston Villa 2-1 pada aksi EPL.
Keputusan itu menyaksikan City naik ke tangga ke-3 EPL dan mencerahkan peluang mara ke Liga Juara-Juara musim depan.
.....
Beralih ke aksi La Liga, Barcelona kukuhkan kedudukan di persada liga selepas tewaskan Mallorca 1-0 pada aksi pagi tadi.
Berbaki 5 perlawanan, Barca kini mengumpul 76 mata - 7 mata mendahului pencabar terdekatnya, Real Madrid yang akan berdepan Getafe esok.
.....
Akhir sekali, Manchester United menyasarkan penyerang Nigeria, Victor Osimhen sebagai penyerang utama untuk musim panas ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm