Berita Terkini
← Back to list
Piala Thomas: Semua Ada Peranan
Apr 24, 2024
Skuad badminton negara yang akan beraksi pada kejohanan Piala Thomas di China yang bermula Sabtu ini diminta memainkan peranan masing-masing.
Ujar Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mereka perlu pamer semangat berpasukan yang tinggi dalam usaha menjulang piala itu yang kali terakhir diraih kem negara pada 1992.
Pada edisi kali ini, Malaysia dibarisi 4 pemain perseorangan iaitu Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Cheam June Wei dan Justin Hoh.
Manakala beregu terdiri daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei dan Haikal Nazri-Choong Hon Jian.
Malaysia diundi dalam Kumpulan D dan akan buka tirai saingan menentang Hong Kong, Sabtu ini sebelum berdepan Algeria dan Denmark.
---
S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak 2 anak tangga untuk menduduki ranking ke-11 dunia.
Ini merupakan ranking terbaik jaguh skuasy wanita negara itu sepanjang kerjayanya dalam sukan tersebut.
Sivasangari baru sahaja rangkul gelaran juara Kejohanan Skuasy Klasik London awal bulan ini.
---
Harimau Muda tewas hatrik dalam aksi kumpulan D, Piala Asia Bawah 23 Tahun.
Ini selepas skuad bimbingan Juan Torres Garrido itu tumpas 1-2 kepada Kuwait dalam aksi terakhir kumpulan D.
Ia sekaligus menyaksikan skuad kebangsaan yang sudahpun tersingkir awal, menghuni tangga tercorot kumpulan.
---
Pengendali Chelsea enggan menyalahkan pemainnya atas kekalahan 0-5 kepada Arsenal dalam aksi EPL pagi tadi.
Ujar Mauricio Pochettino, setiap kelab ada masa buruknya terutama mereka yang sedang bangkit semula selepas hilang sejumlah pemain utama.
The Blues kini menghuni tangga ke-9, manakala The Gunners kekal unggul di takhta liga.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm