Berita Terkini
← Back to list
Nidzam Jamil Puji Pemain Muda
Oct 24, 2024
Pengendali Selangor puji persembahan pemain mudanya selepas cipta kejutan, tumpaskan kelab Korea Selatan, Jeonbuk FC 2-1 dalam aksi ACL2 malam tadi.
Nidzam Jamil berkata, pemain muda pamer prestasi baik sekali gus menutup kelompangan selepas mereka hilang ramai tonggak utama akibat masalah kecederaan.
Kemenangan itu meletakkan Selangor di kedudukan teratas kumpulan H, 1 mata mengatasi Jeonbuk.
Sementara itu masalah kecederaan pemain makin mengganggu persiapan Selangor untuk menentang JDT pula dalam aksi Liga Super hujung minggu ini.
Ini selepas 2 pertahanan The Red Giants, iaitu Quentin Cheng dan Ahmad Zikri Khalili terpaksa dikeluarkan ekoran cedera ketika berdepan Jeonbuk malam tadi.
Kedah Darul Aman pula mahu lebih waspada ketika berdepan PDRM esok, meskipun baru raih 3 mata penuh selepas tumpaskan Terengganu, Sabtu lalu.
Tegas kaptennya, Sony Norde mereka perlu lebih fokus untuk pastikan 3 mata seterusnya turut berada dalam gengaman lebih-lebih lagi di laman sendiri.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm