Berita Terkini
← Back to list
JDT Pasukan Pilihan - Zaquan Adha
Apr 25, 2025
JDT pasukan pilihan juara.
Itu pendapat bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha menjelang aksi final Piala Malaysia berdepan Sri Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.
“Saya kira pasukan JDT menunjukkan satu persembahan yang baik di pentas ACL dan ACL Elite. Jadi pengalaman mereka beraksi di pentas itu membuatkan mereka satu pasukan yang berkualiti dan sangat digeruni untuk berdepan dengan pasukan Pahang,” katanya.
Bekas pemain JDT bagaimanapun sifatkan Sri Pahang tetap miliki peluang untuk cipta kejutan jika tidak lakukan sebarang kesilapan terutama di barisan pertahanan.
Untuk rekod, skuad Harimau Selatan kini buru gelaran juara Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut malam esok.
.....
Dalam pada itu, pengendali JDT, Hector Bidoglio gesa anak buahnya untuk kekal waspada dengan ancaman daripada Sri Pahang.
Tegasnya, barisan pemain tidak boleh terlalu selesa dan leka ketika aksi itu kerana Pahang mungkin mampu cipta kejutan malam esok.
.....
Kedah Darul Aman tubuh Jawatankuasa Pemulihan Khas untuk susun semula hala tuju kelab secara berfasa dan strategik demi kelangsungan dalam Liga Super.
Pihaknya akui musim ini agak mencabar bagi mereka terutama dari segi prestasi pasukan, pengurusan dan kekangan kewangan.
.....
Akhir sekali, pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari mara ke suku akhir sebuah kejohanan skuasy di Switzerland.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm