Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
berita sukan

Berita Terkini

← Back to list

Liga Super: Negeri Sembilan dapat kembali rentak kemenangan

Dec 25, 2025


Negeri Sembilan menemui semula rentak kemenangan dalam aksi Liga Super setelah kemarau dalam 4 perlawanan sebelum ini.  

Pasukan itu berjaya tundukkan Kelantan The Real Warriors 2-0 di Paroi malam tadi. 

Kuching City pula kekal di tangga ke-2 apabila seri 2 sama dengan KL City yang gagal dalam misi untuk memintasnya.  

Manakala Imigresen berjaya tumpaskan Melaka FC 2-0.  

---  

Perlawanan Piala Negara-Negara Afrika pagi tadi berkesudahan juara bertahan, Ivory Coast buka saingan dalam kumpulan F dengan tumpaskan Mozambique 1-0.  

Algeria pula kalahkan Sudan 3-0, manakala Cameroon menang 1-0 ke atas Gabon. 

---  

Cristian Romero berisiko digantung lebih lama selepas didakwa oleh FA England akibat gagal tinggalkan padang dan bertindak agresif ketika dilayangkan kad merah ketika menentang Liverpool, Sabtu lalu.  

Kapten Tottenham itu terima kad kuning ke-2 kerana menendang pemain Liverpool, Ibrahima Konate, sebelum diarah keluar padang oleh pengadil.  

Tindakan Romero menyebabkan Spurs beraksi dengan 9 pemain selepas Xavi Simons terlebih dulu dilayangkan kad merah kerana kekasaran serius.  

Sebagai rekod, pemain kelahiran Argentina itu diberi tempoh sehingga 2 Januari ini untuk menjawab pertuduhan yang dikemukakan.  

---  

Pengendali Manchester United, Ruben Amorim yakin pasukannya akan catat keputusan positif dalam perlawanan menentang Mewcastle, Sabtu ini walaupun dilanda krisis kecederaan.  

Menurut laporan, kapten Bruno Fernandes terpaksa direhatkan sebulan, manakala Kobbie Mainoo, Harry Maguire dan Matthijs de Ligt juga diketepikan akibat kecederaan.  


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm

Sabtu - Ahad

8am, 10am, 12 pm

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
Ads With Us Ads With Us Ads With Us