Berita Terkini
← Back to list
Azlan Shah Kamaruzaman Dinobat Ikon Sukan Permotoran Malaysia
Feb 26, 2025
Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman terima anugerah Ikon Sukan Permotoran Malaysia pada Anugerah Persatuan Sukan Bermotor Malaysia 2024.
Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin dinobatkan sebagai Pelumba Antarabangsa Terbaik manakala Qabil Irfan Azlan menerima anugerah Pelumba Muda Terbaik .
Malam Anugerah MAM menyaksikan 22 anugerah dinobatkan kepada atlet, pasukan serta organisasi yang cemerlang di peringkat tempatan dan antarabangsa.
......
Ratu berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati mempertahankan pingat emas dalam acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Velodrom Nasional.
---
7 wakil negara akan beraksi pada pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Jerman hari ini termasuk Justin Hoh dan Cheam June Wei.
-----
Dan Chelsea kembali ke kelompok 4 kelab teratas Liga Perdana Inggeris selepas kalahkan Southampton 4-0 pagi tadi.
Sementara itu, Brighton tewaskan Bournemouth 2-1,
Crystal Palace belasah Aston Villa 4-1,
Manakala Fulham tundukkan Wolves 2-1.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm