Berita Terkini
← Back to list
The Malaya serlahkan aura kontinjen negara
Jul 26, 2024
Pereka terkenal, Rizman Ruzaini perkenalkan busana yang akan disarungkan kontinjen negara pada acara pembukaan Sukan Olimpik Paris esok.
Mereka berkata Inspirasi teluk belanga untuk atlet lelaki dipilih sebagai tanda junjungan kasih buat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Tambah mereka, warna hijau zaitun dengan motif keemasan dipilih sebagai tanda simbolik harapan untuk atlet membawa pulang pingat emas untuk Malaysia.
Saksikan liputan langsung Upacara Pembukaan Olimpik Paris 2024 bermula 1.25 pagi esok di Astro!
.....
Dalam pada itu, pemanah negara, Syaqiera Mashayikh tamatkan pusingan ranking acara recurve individu wanita di Olimpik,di tangga ke-14 dengan mengumpul 663 mata.
Sementara itu, dua lagi pemanah, Ariana Nur Dania Zairi dan Nurul Azreena Fazil masing-masing di kedudukan ke-50 dan 60 daripada 64 peserta.
.....
Dan Harimau Muda muncul juara Kumpulan C bola sepak Kejuaraan AFF Bawah 19 tahun selepas seri 1 sama dengan Thailand.
Malaysia dijadual berdepan tuan rumah, Indonesia pada aksi separuh akhir, Sabtu ini.
.....
Stadium Astro Segalanya Aksi Sukan. Layari stadiumastro.com untuk perkembangan berita sukan terkini!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm