Berita Terkini
← Back to list
Pearly & Thinaah Perlu Kekalkan Momentum Kemenangan - Rosman Razak
Jan 27, 2026
Rosman Razak sasar Pearly Tan – M. Thinaah dapat mara ke-8 final musim ini.
Ketua jurulatih beregu wanita negara itu berharap mereka dapat mengekalkan momentum juara Masters Indonesia dengan sekurang-kurangnya menyamai pencapaian musim lalu.
Jelasnya, kejayaan itu penting untuk memulihkan keyakinan pasangan nombor dua dunia itu menjelang cabaran Seluruh England nanti.
Untuk rekod, Pearly dan Thinaah menang tanpa bertanding pada aksi final Masters Indonesia baru-baru ini selepas pihak lawan dari Jepun menarik diri.
.....
Dalam perkembangan lain, beberapa wakil negara akan beraksi pada Masters Thailand yang membuka tirainya hari ini.
Ini termasuk beregu lelaki, Azriyn Ayub – Tan Wee Kiong yang dijadual bertemu wakil India.
.....
Akhir sekali, Perdana Menteri ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia yang menamatkan Sukan Para ASEAN Thailand 2025 di tempat ketiga.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji semangat juang atlet para negara dan menyifatkan pencapaian itu lebih baik berbanding edisi 2023.
Sebagai makluman, Malaysia berjaya melepasi sasaran 181 pingat pada edisi kali ini dengan 64 emas, 64 perak dan 73 gangsa sekali gus raih 201 pingat secara keseluruhan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm