Berita Terkini
← Back to list
Selangor teruskan usaha rebut gelaran naib juara Liga Super!
Feb 27, 2025
Selangor akan meneruskan misi merebut gelaran naib juara Liga Super apabila berdepan Sabah, malam ini!
The Red Giants kini berada di kedudukan selesa apabila menghuni tangga kedua liga dengan 42 mata – 8 mata di depan pasukan lawan, Sabah.
Untuk rekod, gelaran juara liga sudah pun digenggam JDT buat kali ke-11 berturut-turut.
Saksikan Selangor lawan Sabah secara langsung di Astro, saluran 146 bermula 8:30 malam ini!
__
Sementara itu, Selangor perkenal kasut baharu hasil kolaborasi dengan jenama barangan tempatan.
Semua peminat bola sepak boleh dapatkan kasut itu di Stadium MBPJ malam ini atau secara atas talian di laman sesawang kelab itu.
__
Dan, ketiadaan Genting Highlands dalam peringkat perlumbaan Le Tour de Langkawi 2025, tidak menjejaskan status jelajah berbasikal itu.
COO LTdL 2025, Emir Abdul Jalal berkata pendakian ke Fraser Hills juga menjanjikan cabaran tersendiri buat pelumba.
Perlumbaan 8 peringkat Le Tour de Langkawi akan menjelajah kesemua 12 negeri di Semenanjung mulai 28 September hingga 5 Oktober depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm