Berita Terkini
← Back to list
KBS tidak mampu halang bekas atlet jadi jurulatih di luar negara
Jan 28, 2025
Kementerian Belia dan Sukan sedia maklum dengan peningkatan bilangan bekas atlet yang berhijrah ke luar negara selepas menerima tawaran sebagai jurulatih.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata pihaknya tidak mampu menyekat hasrat atlet yang mahu keluar bagi mencari pengalaman di luar negara.
Tambahnya, ia berkemungkinan faktor skim gaji yang ditawarkan jauh lebih menarik.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan itu akui berduka cita dengan keputusan bekas penerjun kebangsaan, Wendy Ng yang memilih menjadi jurulatih di Singapura.
__
Dalam perkembangan lain, Hannah Yeoh sedia untuk mengadakan perbincangan dengan beberapa atlet profesional negara berhubung program Road To Gold ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata antara atlet yang terlibat ialah Datuk Azizulhasni Awang, Lee Zii Jia dan Goh Sze Fei-Nur Izzudin.
Perjumpaan yang dijangka berlangsung selepas Tahun Baru Cina itu bakal membincangkan mengenai bentuk khidmat sokongan yang boleh ditawarkan kepada mereka.
__
Dan, menurut data, kelab EPL membelanjakan hampir 250 juta pound untuk pemain baharu ketika jendela perpindahan bulan ini.
Manchester City catat perbelanjaan 125 juta pound – lebih besar daripada perbelanjaan 19 kelab lain digabungkan!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm