Berita Terkini
← Back to list
Liga Super: Selangor masih belum selesa di tangga kedua carta!
Feb 28, 2025
Pengendali Selangor tegaskan barisan pemainnya masih belum selesa dengan kedudukan dalam carta Liga Super.
Katsuhito Kinoshi berkata skuad The Red Giants perlu terus mengekalkan mentaliti dan fokus pada baki empat perlawanan bagi menamatkan saingan di kedudukan yang diidam-idamkan.
Selangor kekal menghuni tangga kedua liga dengan 43 mata selepas seri tanpa jaringan dengan Sabah, semalam.
__
Sementara itu, Selangor cadang tiga acara tambahan dipertandingkan dalam SUKMA Selangor 2026.
EXCO sukan berkata tiga acara itu adalah e-sukan, catur dan silambam.
Keputusan muktamad akan diumumkan sebelum Ogos depan.
__
Dan, pemain Manchester United, Marcus Rashford yang dipinjamkan kepada Aston Villa dilapor berminat untuk sertai kelab itu secara kekal.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm