Berita Terkini
← Back to list
3 wakil negara mara ke pusingan kedua Badminton Terbuka Singapura
May 28, 2024
3 wakil negara mara ke pusingan kedua Badminton Terbuka Singapura setakat ini.
Ini selepas pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao kalahkan wakil Jepun dengan straight set.
Turut mara, beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzudin serta beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Dalam pada itu, gandingan beregu wanita Pearly Tan-M.Thinaah tewas kepada pilihan ketiga dari China.
__
Skuad Harimau Malaya bakal hadapi perlawanan persahabatan menjelang baki aksi berdepan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.
Anak buah kendalian Kim Pan Gon itu akan menentang salah satu kelab Liga Super sebagai persiapan sebelum aksi sebenar, Jun depan.
__
Polis sahkan nombor pendaftaran kenderaan dinaiki suspek pecah rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee yang viral di media sosial adalah palsu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya masih giat mengesan dan keterangan tujuh individu sudah diambil setakat ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm