Berita Terkini
← Back to list
Tim Cahill bukan CEO Harimau Malaya yang baharu - TMJ
Dec 28, 2024
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail nafi khabar angin mengatakan bekas pemain kebangsaan Australia, Tim Cahill sebagai CEO terbaru skuad Harimau Malaya.
Pemilik JDT itu menjelaskan Tim Cahill merupakan kenalan rapat baginda dan penasihat peribadi mengenai informasi sukan.
Terdahulu, TMJ bertitah mengenai kriteria yang harus ditepati seorang CEO sambil membayangkan pelantikan individu terbabit hampir selesai.
__
Filipina bawa bekalan satu gol selepas tewaskan Thailand 2-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala ASEAN, malam tadi.
Sandro Reyes dan Kike Linares masing-masing jaringkan 1 gol untuk bantu Filipina raih kemenangan.
Untuk rekod, ini merupakan kemenangan pertama Filipina ke atas Thailand selepas 52 tahun.
__
Dan, Arsenal menang tipis 1-0 ke atas Ipswich pada aksi EPL, awal pagi tadi.
Kai Havertz muncul wira apabila jaringkan gol kemenangan pada babak pertama perlawanan.
Kemenangan itu turut menyaksikan Arsenal kembali ke tangga kedua liga - enam mata di belakang pendahulu, Liverpool.
Dalam satu lagi aksi, Brighton seri tanpa jaringan dengan Brentford.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm