Berita Terkini
← Back to list
29 atlet Malaysia berada di kedudukan 6 teratas dunia
Oct 23, 2017
Kementerian Belia dan Sukan berkata, 29 atlet negara daripada lapan sukan berbeza yang diserap dalam Program Podium ketika ini berada di kedudukan 6 teratas dunia.
Kesemua 29 atlet itu terdiri daripada sukan skuash, basikal, terjun, karate, sepak takraw, silat olahraga, olahraga para dan badminton para.
Ia melepasi sasaran awal ditetapkan yang menyasarkan hanya 10 atlet pada kedudukan 6 teratas dunia, pada bila-bila masa.
KBS menyasarkan sekurang-kurangnya 16 lagi atlet tersenarai pada kedudukan itu dalam sukan masing-masing, tahun depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm