Berita Terkini
← Back to list
Manchester City bawa misi wajib menang!
Jan 29, 2025
Manchester City sedia harungi cabaran wajib menang apabila melayan kunjungan Brugge pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi esok.
Ia bagi mencerahkan peluang City untuk mara ke pusingan kalah mati.
Sementara itu, pengendalinya Pep Guardiola berkata Oscar Bobb dijangka kembali perkuatkan pasukan susulan dilapor semakin pulih daripada kecederaan.
Saksikan perlawanan itu secara langsung di Astro saluran 822 bermula 4 pagi nanti!
__
Sementara itu, Liverpool bakal turun tanpa 12 tonggak utama apabila berdepan PSV Eindhoven, esok.
Pengendali The Reds, Arne Slot berkata antaranya Mohamed Salah, Virgil van Dijk dan Alisson Becker susulan direhatkan.
__
Dan, FAM kini dalam fasa akhir bagi mendapatkan pemain warisan dari Belanda.
Perkara itu disahkan oleh CEO Harimau Malaya, Rob Friend yang mengesahkan tiga lagi pemain juga dalam proses mendapatkan kerakyatan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm