Berita Terkini
← Back to list
Faisal Halim Wira The Red Giants
Jan 29, 2026
Selangor tepati ramalan apabila menewaskan kelab Vietnam, Cong An Hanoi FC 2-0 pada aksi Kejuaraan Kelab ASEAN malam tadi.
Faisal Halim muncul wira apabila menjaringkan kedua-dua gol untuk pastikan skuad The Red Giants raih 3 mata penuh di laman sendiri.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Selangor naik ke kedudukan teratas Kumpulan A dengan mengumpul lapan mata.
Untuk rekod, ini merupakan kemenangan kelima berturut-turut Selangor dalam semua kejohanan di bawah kendalian Kim Pan Gon.
.....
Penjaring terbanyak Piala FA musim lalu, Ajdin Mujagic sah sertai JDT untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.
.....
Malaysia tewas 1-4 kepada Iran pada aksi pertama Kumpulan D Piala Asia Futsal 2026.
.....
9 wakil negara termasuk pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia akan beraksi pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Thailand hari ini.
.....
Akhir sekali, antara aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi berkesudahan,
Arsenal tewaskan Kairat Almaty 3-2,
Liverpool belasah Qarabag 6-0,
Chelsea tundukkan tuan rumah, Napoli 3-2,
Manchester City kalahkan Galatasaray 2-0,
Dan Tottenham menang 2-0 ke atas tuan rumah, Eintracht Frankfurt,
Ini menyaksikan kesemua 5 pasukan EPL mara secara automatik ke pusingan 16 terbaik.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm