Berita Terkini
← Back to list
Hakim Danish Cemerlang di Pentas Dunia
Apr 29, 2025
Muhammad Hakim Danish Ramli cerahkan harapan untuk lebarkan sayap karienya.
Ini selepas pelumba muda negara itu miliki peluang untuk nikmati kemudahan geran Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara.
Bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan berkata Hakim Danish perlu cemerlang dalam Kejuaraan Dunia Junior GP dan MotoGP Rookies Cup tahun ini untuk layak menerimanya.
Terdahulu, pelumba kelahiran Terengganu itu cipta sensasi selepas raih kejayaan berganda pada perlumbaan GP Sepanyol saingan Rookies Cup.
.....
Barisan pemain Sri Pahang berharap pasukannya dapat terus kekal bersaing dalam saingan Liga Super musim depan.
Kaptennya, Stefano Brundo sifatkan skuad Tok Gajah miliki penyokong yang hebat dan gesa pihak pengurusan membuat keputusan terbaik.
Terdahulu, wujud khabar angin mengenai kemungkinan Sri Pahang tarik diri pada saingan Liga Super musim depan.
.....
Skuad badminton negara akan meneruskan aksi kedua peringkat kumpulan saingan Piala Sudirman berdepan Australia hari ini.
Saksikan secara langsung kejohanan badminton Piala Sudirman di ASTRO sekarang, saluran 802.
.....
Akhir sekali, Liverpool akan adakan perarakan kemenangan pada 26 Mei ini untuk meraikan kejuaraan EPL – sambutan besar pertama bersama penyokong sejak 1990.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm