Berita Terkini
← Back to list
Kos Sukan SEA 2027 berjumlah RM700 juta
Aug 29, 2024
Penganjuran Sukan SEA 2027 bakal menelan belanja 700 juta ringgit!
Kementerian Belia dan Sukan berkata tuan rumah bersama, Sarawak bersetuju keluarkan peruntukan 300 juta ringgit.
Manakala, Sabah dan Pulau Pinang pula masing-masing setuju berbelanja 100 juta ringgit dan 15 juta ringgit.
Ketiga-tiga negeri berkenaan akan menjadi tuan rumah bersama Kuala Lumpur menganjurkan Sukan SEA 2027.
.....
Sementara itu, Majlis Olimpik Malaysia meraikan keputusan Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027.
Pihaknya berkata penganjuran ini akan memberi impak besar kepada negara sekaligus mengaktifkan semula industri sukan negara.
.....
Beregu campuran Chen Tan Jie/Toh Ee Wei dan gandingan Goh Soon Huat/Shevon Lai mara ke suku akhir Badminton Terbuka Korea.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi beregu campuran Tan Kian Meng/Lai Pei Jing selepas disingkirkan wakil Chinese Taipei.
.....
Stadium Astro Segalanya Aksi Sukan. Layari stadiumastro.com untuk perkembangan berita sukan terkini!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm