Berita Terkini
← Back to list
PSG Menghampiri Final Liga Juara-Juara.
Apr 30, 2025
PSG berada pada landasan terbaik untuk meraih gelaran Liga Juara-Juara pertamanya.
Ini selepas mereka tundukkan tuan rumah, Arsenal 1-0 pada aksi separuh akhir pertama pagi tadi.
Ousmane Dembele muncul wira PSG apabila menjaringkan gol kemenangan seawal minit ke-4 perlawanan.
Kali terakhir PSG mara ke final kejohanan tersebut ialah pada 2020 namun tewas 0-1 kepada Bayern Munich.
.....
Sementara itu, Mikel Arteta optimis anak buahnya mampu cipta kebangkitan pada aksi timbal balik berdepan PSG nanti.
Pengendali The Gunners itu bagaimanapun akui pemainnya perlu pamer prestasi terbaik untuk miliki peluang mara ke final.
.....
Pemain pertahanan Bayern Munich, Eric Dier sedang dalam perbincangan lanjut untuk menyertai Monaco susulan kontraknya tamat hujung musim ini.
.....
Antonio Rudiger digantung 6 perlawanan kerana baling objek ke arah pengadil ketika Real Madrid tewas kepada Barcelona pada aksi final Copa del Rey.
Ini menyaksikan pemain pertahanan itu akan terlepas 5 perlawanan terakhir La Liga musim ini dan juga perlawanan pembukaan musim depan.
.....
Akhir sekali, Al-Ahli mara ke final Liga Juara-Juara Asia selepas tewaskan Al-Hilal 3-1 pada aksi separuh akhir.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm