Berita Terkini
← Back to list
Real Madrid tandatangani Alexander-Arnold sebulan awal!
May 31, 2025
Real Madrid berjaya dapatkan khidmat Trent Alexaber-Arnold lebih awal.
Pasukan gergasi Sepanyol itu dikatakan bayar 10 juta Euro bagi membolehkan pertahanan itu sertai Real seawal 1 Jun.
Ia bagi membolehkan Trent Alexander-Arnold beraksi untuk Real Madrid pada Piala Dunia Kelab yang bermula pertengahan bulan depan.
Terdahulu, kontrak Trent Alexander-Arnold bersama Liverpool akan tamat pada hujung bulan depan.
__
PSG buru kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali pertama apabila berdepan Inter Milan pada aksi final, awal pagi esok.
SI, Inter miliki peluang rangkul gelaran kali ke-4 JIKA menang ke atas PSG pada perlawanan itu.
Ikuti aksi antara PSG dan Inter secara langsung bermula 3 pagi nanti di Astro, saluran 820 dan aplikasi Sooka!
__
Manchester United menamatkan jelajah mereka di Asia dengan kemenangan 3-1 ke atas Hong Kong pada aksi persahabatan, malam tadi.
__
Dan, Malayia hanya ada satu wakil yang akan meneruskan cabaran pada kejohanan badminton Terbuka Singapura hari ini.
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dijadualkan berdepan gandingan India pada aksi separuh akhir.
Saksikan Terbuka Singapura secara langsung bermula 12 tengahari ini di Astro Badminton saluran 815 dan aplikasi Sooka!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm