Berita Terkini
← Back to list
ACL Elite : JDT Tewaskan Central Coast Mariners 2-1
Feb 12, 2025
ACL Elite : JDT Tewaskan Central Coast Mariners 2-1
JDT cerahkan peluang untuk mara ke pusingan 16 terbaik dalam saingan ACL Elite.
Ini selepas skuad Harimau Selatan tundukkan Central Coast Mariners 2-1 untuk duduki tangga ke-5 kumpulan.
Pertahanan import baru, Alvaro Gonzalez cipta sensasi dengan menjaringkan kedua-dua gol pada penampilan pertamanya bersama JDT.
Perlawanan seterusnya yang juga aksi terakhir kumpulan bakal menyaksikan JDT berdepan kelab Korea Selatan, FC Pohang Steelers, Selasa depan.
Real Madrid bangkit kalahkan Manchetster City
Jude Bellingham muncul wira apabila jaringkan gol kemenangan untuk bantu Real Madrid kalahkan Manchester City 3-2 pada aksi pertama playoff Liga Juara-Juara.
Real pamer semangat juang tinggi apabila menyamakan kedudukan 2 kali menerusi jaringan Kylian Mbappe dan Brahim Diaz sebelum Bellingham menjaringkan gol kemenangan pada waktu kecederaan.
Aksi lain berkesudahan,
PSG benam Brest 3-0,
Borussia Dortmund atasi Sporting Lisbon juga 3-0,
Dan, Juventus tundukkan PSV Eindhoven 2-1.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm