Berita Terkini
← Back to list
AFC beri FAM sehingga Isnin untuk serah laporan insiden pergaduhan Malaysia, UAE.
Aug 17, 2018
Konfederasi Bolasepak Asia beri FAM sehingga Isnin untuk serahkan segala laporan berhubung insiden pergaduhan skuad Bawah 23 tahun negara dengan UAE minggu lalu.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata laporan yang perlu diserahkan itu termasuklah tindakan dalaman yang dilakukan badan induk itu selepas insiden tersebut.
Pergaduhan pada hujung perlawanan itu membabitkan sebilangan besar pemain daripada kedua-dua pasukan dan pegawai.
Dalam pada itu, Malaysia boleh meneruskan saingan pada Sukan Asia 2018 di Indonesia.
Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul berkata siasatan insiden tersebut dijangka berlanjutan sehingga tamatnya temasya itu.
Sementara itu, pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee akui bakal merombak kesebelasan utamanya menjelang pertemuan dengan Korea Selatan ekoran beberapa pemainnya alami kecederaan termasuk penyerang, Akhyar Rashid.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm