Berita Terkini
← Back to list
AFC mahu isu penolakan gaji dibincang lagi.
Mar 31, 2020
Foto : Stadium Astro
Konfederasi Bolasepak Asia mahu pemain Liga Malaysia berbincang dengan pasukan masing-masing berhubung isu pemotongan gaji susulan pandemik COVID-19.
Setiausaha Agungnya berkata kantung kewangan sesetengah pasukan pasti terjejas kerana tiada kutipan jualan tiket perlawanan susulan penundaan saingan liga.
Tambah Datuk Windsor Paul John, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia kenakan pemotongan gaji 75 peratus ke atas semua pemainnya sebagai salah satu cara menjaga kestabilan kewangan pasukan.
Foto : Facebook Melaka United
Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Melaka United tiada perancangan untuk melaksanakan pemotongan gaji terhadap pemainnya.
Badan induk itu berkata fokus mereka ketika ini adalah untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji yang dihadapinya terlebih dahulu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm