Berita Terkini
← Back to list
AFF Bawah 18: Malaysia benam Australia 3-0
Aug 13, 2019
AFF Bawah 18: Malaysia benam Australia 3-0
Foto - AFF Presse Twitter
Skuad bolasepak bawah 18 tahun negara berjaya meraih kemenangan kedua pada Kejohanan AFF Bawah 18 di Kemboja.
Selepas berjaya menundukkan Singapura dan Kemboja sebelum ini, skuad kendalian Brad Maloney itu menewaskan Australia 3-0, petang ini.
Kemenangan itu meletakkan pasukan muda negara di landasan terbaik dalam memburu tempat di peringkat separuh akhir.
-----
Jacob Joseph pilih formasi 4-3-3
Foto - Stadium Astro
Formasi 4-3-3 dipilih jurulatih, Jacob Joseph sebagai taruhan skuad bola sepak wanita negara ke separuh akhir kejohanan AFF di Thailand bermula, Khamis ini.
Katanya, beliau kini lebih menekankan corak permainan menyerang, berbanding bermain secara bertahan seperti sebelum ini.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A akan mulakan kempen bertemu Filipina diikuti Singapura, Timor Leste dan Thailand.
-----
Hafizh Syahrin sudah pulih
Foto - Red Bull KTM Tech3
Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah dijangka tidak berdepan masalah untuk kembali beraksi pada GP Britain, 25 Ogos depan.
Penunggang KTM Tech3 itu sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas alami gegaran di kepala akibat kemalangan pada GP Austria, kelmarin.
Menerusi kenyataan pasukannya, Hafizh akan melalui proses pemulihan dan akan kembali cergas sepenuhnya untuk perlumbaan di Silverstone nanti.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm