Berita Terkini
← Back to list
Acara berbasikal trek Sukma Perak mungkin pada sebelah malam
Sep 19, 2018
Acara berbasikal trek Sukma Perak mungkin pada sebelah malam
Foto - Twitter Dato' Amarjit Singh
Acara berbasikal trek Sukma Perak yang akan berlangsung selama tiga hari bermula esok mungkin diadakan pada sebelah malam.
Pengurus pertandingan, Datuk Amarjit Singh berkata, penganjur sedia mengadakan perlumbaan di veledrom terbuka itu pada sebelah malam jika berlakunya hujan.
Pihaknya juga sudah siap sedia dengan lampu limpah yang membolehkan perlumbaan diadakan di sebelah malam.
-----
Lim Teong Kim sasar layak ke Piala Dunia FIFA B-17
Foto - Stadium Astro
Jurulatih skuad bola sepak Bawah 16 negara, Lim Teong Kim harap anak buahnya akan mencipta kemenangan ke atas Tajikistan pada aksi Kumpulan A Kejohanan AFC B-16, esok.
Katanya, kemenangan itu amat penting bagi melonjakkan semangat pemain sebelum berdepan Thailand dan Jepun.
Tambah Teong Kim, memandang Malaysia bermain di gelanggang sendiri, sudah pasti beliau mahu capai sasaran layak ke Piala Dunia bawah 17 di Peru nanti.
-----
Adam Norrodin mahu teruskan buruan mata pada GP Aragon
Foto - Petronas Sprinta Racing
Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin mahu meneruskan buruan mata pada GP Aragon, hujung minggu ini.
Adam berkata, dia kini bersemangat menamatkan perlumbaan di MotorLand Aragon selepas raih 4 empat mata di San Marino, dua minggu lalu.
Rakan sepasukan Adam, Ayumu Sasaki pula belum pasti dapat berlumba ekoran kecederaan pada GP San Marino.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm