Berita Terkini
← Back to list
Agensi Anti Doping Malaysia sedang merangka strategi untuk kurangkan kes penggunaan bahan terlarang.
Dec 20, 2017
Agensi Anti Doping Malaysia sedang merangka strategi terbaik dalam misi untuk terus mengurangkan kes positif penggunaan bahan terlarang bagi atlet negara tahun depan.
Penolong Pengarah ADAMAS, Nishel Kumar akui cabaran 2018 lebih sukar yang mana dua temasya besar akan berlangsung iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia.
Berbaki kurang dua minggu lagi sebelum berakhirnya 2017, hanya empat kes babitkan atlet negara iaitu, atlet muay thai, terjun, angkat berat dan terbaru penjaga gol hoki negara, S Kumar.
Menurut Nishel ia merupakan penurunan 10 kes berbanding 2016 yang mencatatkan 14 kes.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm