Berita Terkini
← Back to list
Aksi persahabatan Malaysia lawan Nepal di Bukit Jalil ditanggukan
Mar 08, 2019
Foto - fam.org.my
Persatuan Bola Sepak Malaysia umumkan, aksi persahabatan menentang Nepal di di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang dijadualkan pada 26 Mac ini ditangguhkan.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, ini kerana FIFA hanya membenarkan dua aksi persahabatan diadakan pada jendela perlawanan antarabangsa.
Foto - Stadium Astro
Bagaimanapun, FAM telah membuat rayuan kepada Konfederasi Bolasepak Asia dan FIFA itu bagi meluluskan perlawanan ketiga iaitu menentang Nepal pada 26 Mac.
FAM dan Persatuan Bolasepak Seluruh Nepal bersetuju untuk menngguhkan aksi tersebut ke satu tarikh baru semasa jendela perlawanan antarabangsa yang akan datang.
Foto - Stadium Astro
AFC telah meluluskan perlawanan tersebut pada Rabu lalu namun FIFA semalam maklumkan kepada FAM bahawa aksi tambahan itu tidak diluluskan sebagai perlawanan persahabatan antarabangsa berstatus “A”.
Skuad Harimau Malaya terdahulu akan mengharungi kejohanan empat penjuru Piala Airmarine bersama Singapura, Oman dan Afghanistan di Bukit Jalil bermula 20 Mac ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm