Berita Terkini
← Back to list
Annuar Musa rindu arena bola sepak
Aug 25, 2020
Annuar Musa rindu arena bola sepak
Foto - mStar Online
Tan Sri Annuar Musa enggan masuk campur dalam pengurusan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur kerana ia tidak terletak di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.
Sebaliknya beliau yang juga bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan menyerahkan soal pengurusan KLFA kepada pengurusan sedia ada walaupun mengakui amat teringin untuk kembali dalam arena bola sepak negara.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, walaupun KLFA tidak diuruskan kementeriannya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur masih sudi menghulurkan bantuan termasuk dana dan stadium.
-----
FAS jalin kerjasama dengan Les' Copaque
Foto - Persatuan Bola Sepak Selangor
Persatuan Bola Sepak Selangor tandatangani perjanjian dengan Les' Copaque sebagai salah satu penaja utama program pembangunan bola sepak akar umbinya, FAS Soccer School.
Menurut FAS, peneraju industri animasi negara itu bersetuju menaja FAS Soccer School sebanyak RM120,000 untuk tempoh setahun, bergantung kepada usaha dan prestasi yang ditonjolkan FAS.
Sehingga kini sebanyak enam sekolah rendah dengan kira-kira 500 orang murid sudah menyertai program berkenaan dan pihaknya menyasarkan sebanyak 12 buah sekolah akan menyertai program itu menjelang hujung tahun ini.
-----
The Speedy Jantan fokus kembalikan prestasi terbaik
Foto - The Star
Khairul Hafiz Jantan tidak mahu isu di luar trek mengganggu fokus untuk mendapatkan kembali prestasi terbaik selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
Jaguh pecut negara itu terpalit kontroversi perpindahan bersama Haiqal Hanafi ke Bukit Jalil untuk jalani latihan di bawah kendalian Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia, Dwayne Miller.
Hafiz menegaskan, apa jua keputusan yang bakal dibuat berhubung masa depannya, perlu mengambil kira persetujuan jurulatihnya, Poad Md Kassim.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm