Berita Terkini
← Back to list
Annuar Musa sedia bantu KAFA
May 09, 2020
Annuar Musa sedia bantu KAFA
Foto - mStar Online
Tan Sri Annuar Musa sedia membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan khususnya berkaitan isu tunggakan gaji Casio Jesus de Francisco yang bernilai lebih setengah juta ringgit.
Bekas Presiden KAFA itu akui sedih dengan kemelut demi kemelut yang melanda pasukan itu yang kini berdepan penggantungan daripada FIFA jika gagal melunaskan tunggakan gaji terbabit.
Difahamkan, KAFA perlu melunaskan tunggakan gaji Casio yang pernah beraksi bersama skuad The Red Warriors selama dua musim dari 2018-2019 sebelum 23 Mei ini.
-----
Yusri Che Lah belum putus asa
Foto - Kelanta FA Official
Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah tuntut anak-anak buahnya untuk terus berjuang mengharungi Liga Malaysia yang dijangka bersambung September depan meskipun mereka dihimpit pelbagai masalah.
Beliau pada masa sama mengharapkan penyokong setia Kelantan terus berada di belakang barisan pemain untuk memberikan sokongan padu buat pasukan itu.
Malah beliau berharap semuanya akan kembali pulih dan KAFA tidak berputus asa cari jalan terbaik menyelesaikan apa juga kemelut yang berlaku demi pasukan Kelantan.
-----
Roslin Hashim sokong tindakan BAM
Foto - Stadium Astro
Bekas pemain badminton kebangsaan, Roslin Hashim sambut baik usaha BAM menjemput pemain profesional negara sertai latihan di akademi badan induk itu bagi melengkapkan kekurangan program latihan mereka.
Katanya, jemputan ke atas pemain profesional yang mempunyai peluang cerah beraksi di pentas Olimpik Tokyo itu mampu membantu mereka membuat persiapan lebih rapi.
Beliau pada masa sama mahu BAM bersifat terbuka dalam memilih pemain negara ke Piala Thomas dan Uber tanpa mengira wakil di bawah naungan badan induk berkenaan atau profesional.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm