Berita Terkini
← Back to list
Arsenal Terikat 1 Sama Dengan Manchester United
Mar 10, 2025
Arsenal Terikat 1 Sama Dengan Manchester United
Arsenal berkongsi 1 mata dengan Manchester United apabila kedua-dua pasukan terikat 1 sama pada aksi EPL.
Declan Rice muncul penyelamat apabila jaringkan gol penyamaan untuk The Gunners.
Keputusan itu menyaksikan Arsenal kekal di tangga kedua liga, 15 mata di belakang pendahulu, Liverpool.
Aksi lain berkesudahan,
Chelsea tundukkan Leicester City 1-0,
Dan, Tottenham seri 2 sama dengan Bournemouth.
Aaron Chia dan Cheng Su Yin masih bergelut isu kecederaan
Aaron Chia dan Cheng Su Yin belum pasti dapat sertai kejohanan badminton All England yang membuka tirai, esok.
Pengarah kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia, Rexy Mainaky beritahu The Star, pemain beregu lelaki dan campuran itu masing-masing alami kecederaan bahu dan buku lali.
Jelasnya, Aaron dalam proses untuk sembuh manakala Su Yin masih bergelut dengan kesakitan dan pihaknya kesuntukan masa untuk tentukan sama ada mereka akan sertai kejohanan itu atau sebaliknya.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm