Berita Terkini
← Back to list
Arsenal ikat Liverpool
Nov 04, 2018
Arsenal catat keputusan seri 1 sama dengan Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates.
The Reds mendahului pada minit ke 61 menerusi James Milner.
Namun tuan rumah bangkit hasil jaringan Alexandre Lacazette pada lewat permainan.
The Gunners yang kini huni tangga ke lima liga meneruskan rekod tanpa kalah kepada 14 perlawanan dalam semua kejohanan yang disertai.
The Reds pula naik ke tangga teratas, 1 mata di depan Man City yang kurang 1 perlawanan.
Sementara itu. Man United tumpaskan Bournemouth 2-1 pada pertemuan di tempat lawan.
Gol-gol United dijaringkan Anthony Martial dan Marcus Rashford.
The Red Devils kini duduki tangga ketujuh liga.
--
Pendahulu La Liga, Barcelona lakar kemenangan tipis 3-2 ke atas Rayo Vallecano dengan Luis Suarez ledakkan dua gol.
Real Madrid pula naik ke tangga keenam selepas tumpaskan Real Valladolid 2-0.
Gol-golnya dijaringkan Sergio Ramos dan satu lagi hasil jaringan sendiri pemain pelawat.
--
Malaysia tewaskan Maldives 3-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Kelas A di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Zaquan Adha letakkan skuad negara di depan pada minit 15 sebelum Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh menambah jaringan pada babak kedua.
--
Perak kekalkan kejuaraan Divisyen 1 Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak.
Mereka tewaskan Terengganu 3-1 menerusi penentuan pukulan penalti pada aksi final di Bukit Jalil malam tadi.
Pada aksi penuh perlawanan sebelum itu kedua-dua pasukan terikat 2 sama.
Dalam saingan Divisyen 2, Pahang muncul juara setelah menewaskan PDRM 2-1.
Bagi kategori wanita pula Kuala Lumpur tumpaskan juara bertahan, Selangor 2-1 pada aksi final.
--
Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen layak ke final badminton Terbuka Macau sementara beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula layak ke final badminton Terbuka di Jerman.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm