Berita Terkini
← Back to list
Atlet angkat berat negara tidak akan sertai sebarang kejohanan antarabangsa selama setahun akibat kes doping.
May 31, 2018
Atlet angkat berat negara tidak akan sertai sebarang kejohanan antarabangsa selama setahun termasuk Sukan Asia 2018 di Indonesia Ogos depan.
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia, Datuk Ayub Rahmat berkata keputusan itu dibuat dalam usaha pulihkan semula imej mereka yang kerap dilanda isu doping.
Atlet negara masih dibenarkan bertanding di domestik namun perlu kemukakan sijil bebas doping yang diperakui Agensi Anti-Doping Malaysia.
Untuk rekod, tahun ini sahaja sebanyak empat kes doping membabitkan atlet angkat berat negara dikenalpasti.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm