Berita Terkini
← Back to list
Azizuhasni Awang merajai takhta keirin dunia
Jan 23, 2020
Azizuhasni Awang merajai takhta keirin dunia
Foto - The Star
Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang kini menghuni tangga pertama dalam ranking dunia acara keirin.
'The Pocket Rocketman' mengumpul 2,560 mata untuk berada di puncak senarai diiukuti pelumba Jepun, Yudai Nitta kedua dengan 2,551 mata.
Dua lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom di tangga ke-32 manakala Fadhil Mohd Zonis di kedudukan ke-60.
-----
Kecederaan Wan Zack tidak serius
Foto - Fox Sports Malaysia
Pengurus Selangor, Mahfizul Rusydin berkata, Wan Zack Haikal tidak dilanda sebarang kecederaan serius pada aksi Piala Cabaran Asia, hujung minggu lalu.
Beliau akui, pemain sayap berusia 29 tahun itu alami kecederaan paha, namun dijangka pulih seminggu dua lagi sebelum Liga Super bermula, bulan depan.
Dalam perlawanan Piala Cabaran Asia menentang Bangkok United Ahad lalu, Wan Zack hanya beraksi selama 10 minit sebelum dikeluarkan dalam separuh masa kedua.
-----
Liverpool berpeluang atasi rekod Manchester United
Foto - Michael Regan (Getty Images)
Liverpool berpeluang atasi rekod Manchester United sebagai pasukan terawal memenangi Liga Perdana Inggeris dalam semusim.
Liverpool yang masih belum kalah musim ini berpeluang dinobat juara liga seawal 4 April depan jika menang semua perlawanan sehingga akhir Mac.
United sebelum ini dinobat juara liga seawal 14 April bagi musim 2000/2001 di bawah kendalian Alex Ferguson.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm