Berita Terkini
← Back to list
Azizuhasni Awang pacu emas Sukan Asia
Aug 30, 2018
Azizuhasni Awang pacu emas Sukan Asia
Foto - Asiana
Jaguh basikal trek, Azizulhasni Awang meraih pingat emas acara Pecut Individu Lelaki Sukan Asia Jakarta-Palembang.
Pada pusingan akhir, atlet kelahiran Terengganu itu berjaya menewaskan pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya dengan kemenangan 2-0.
Seorang lagi wakil negara, Shah Firdaus Shahrom juga hampir menghadiahkan pingat gangsa namun akur kepada pelumba Korea Selatan, Im Chae-bin pada perlumbaan penentuan acara sama.
-----
Pandelela Rinong akur diarah menarik diri
Foto - ASTRO Awani
Penerjun negara, Pandelela Rinong terpaksa tarik diri daripada acara akhir 10 meter platform individu wanita Sukan Asia, malam ini.
Pengurus skuad terjun negara, Mae Chan berkata, pihaknya enggan mengambil risiko terhadap kecederaan yang dialami Pandelela.
Pada peringkat kelayakan, pemenang pingat gangsa di Incheon empat tahun lalu itu sekadar di kedudukan keenam.
-----
Tiada lagi kategori Fun Run untuk Marathon Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang
Foto - penangmarathon.gov.my
Tiada lagi kategori Fun Run untuk Marathon Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2018.
Penganjur berkata, langkah itu diambil sebagai menjaga semula prestij PBIM sebagai acara marathon antarabangsa.
Katanya, inisiatif itu juga sebagai mengikut standard profesional seperti acara marathon antarabangsa yang lain.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm