Berita Terkini
← Back to list
BAM Hantar Permohonan
May 04, 2020
BAM Hantar Permohonan
BAM melalui Kementerian Belia dan Sukan telah hantar permohonan rasmi kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membolehkan skuad badminton negara kembali menyambung sesi latihan secepat mungkin.
Presidennya berkata, ia bagi memantapkan persediaan skuad kebangsaan menghadapi beberapa kejohanan penting tahun ini termasuk pusingan akhir Piala Uber/Thomas di Denmark, Oktober ini.
Namun, jelas Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, keputusan tersebut bergantung kepada nasihat MKN dan Kementerian Kesihatan (KKM).
FAM Setuju Tangguh Tunggakan
FAM setuju menangguhkan pembayaran tunggakan gaji buat Persatuan Bolasepak Melaka hingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
Jelasnya, keputusan itu dibuat mengambil kira kesukaran yang dihadapi oleh persatuan itu ketika negara dilanda Covid-19.
Melaka sebelum ini dikenakan pemotongan 3 mata kerana gagal menjelaskan hutang tahun lepas.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm