Berita Terkini
← Back to list
BAM berdukacita dengan tragedi menimpa Momota
Jan 13, 2020
BAM berdukacita dengan tragedi menimpa Momota
Foto - Stadium Astro
Persatuan Badminton Malaysia zahir rasa dukacita dengan insiden kemalangan babitkan pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota.
Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria berkata, setakat ini kecederaan dialami Momota tidak serius dan tidak memerlukan pembedahan.
Pihaknya kini bekerjasama rapat dengan kerajaan Malaysia dan Hospital Putrajaya untuk pastikan kesemua mangsa mendapat rawatan terbaik.
-----
Momota dijangka dibenar keluar hospital dalam masa terdekat
Foto - Stadium Astro
Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota dan tiga yang lain dijangka akan dibenarkan keluar daripada wad Hospital Putrajaya dalam masa terdekat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ujian imbasan CT juga mengesahkan tiada kecederaan serius dialami juara Masters Malaysia itu.
Kesemua mereka terdahulu terbabit kemalangan sewaktu dalam perjalanan menuju ke KLIA, awal pagi tadi.
-----
Ng Eian Yow akhiri cabaran ToC
Foto - Stadium Astro
Cabaran Malaysia dalam kejohanan skuasy Tournament of Champions di New York, berakhir awal pagi tadi.
Ini selepas satu-satunya pemain lelaki negara yang melepasi cabaran awal, Ng Eain Yow tewas di pusingan ketiga.
Pemain bukan pilihan itu bagaimanapun mempamerkan aksi cukup hebat sebelum tunduk kepada pemain nombor tiga dunia, Tarek Momen dari Mesir.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm